‘Saya minta maaf’ – Bapa Mertua Bel4sah Menantu Nafi Dirinya G4ngster


Bapa mertua yang membelasah menantunya di tepi jalan sehingga video kejadian itu viral di media sosial, tampil menafikan dakwaan atau spekulasi netizen kononnya dia merupakan g4ngster besar di Kuching.

Wong, 48, yang bekerja sebagai kontraktor dan merupakan model t4tu berkata, adalah tidak adil melabelkan dia sebagai g4ngster hanya kerana dia bert4tu.

Difahamkan, Wong merupakan ahli persatuan tatu dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan t4tu sebelum ini.

Mengulas mengenai kejadian yang melibatkan menantunya, Wong berkata, menantunya itu bukanlah seorang suami yang bertanggungjawab setelah berkahwin. Katanya, lelaki itu tidak memberi perhatian terhadap anak perempuan dan cucunya, malah mendera bekas isterinya ketika masih bersama.

Pasangan itu telah ber cer4i dan Wong tidak pernah lagi berjumpa dengan bekas menantunya itu sejak insiden 24 Oktober lalu.

Difahamkan, pada hari kejadian itu, Wong dimaklumkan oleh rakannya yang ternampak bekas menantunya itu, lalu dia segera datang untuk bertemu dengan lelaki berkenaan.

Malangnya, lelaki muda itu dipercayai bersikap bi4dab membuatkan Wong hilang pertimbangan lalu mengajarnya.

Wong mengaku apa yang dilakukannya itu adalah salah dan meminta maaf kepada orang awam.

Selepas identiti nya diketahui ramai, netizen mendapati Wong sebenarnya adalah seorang bapa dan datuk yang penyayang.

Berdasarkan beberapa gambar di Facebooknya menunjukkan, Wong meluangkan masa bersama anak dan cucu perempuannya

Dalam masa yang sama, Wong mengaku dia telah ditahan polis selama tiga hari dan tidak pasti sama ada dia akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Wong berharap, dia dapat dibebaskan dari tindakan undang-undang kerana dia masih perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi.

Sumber: ChinaPress, World of Buzz


Leave a Reply

%d bloggers like this: