Kej4m! Anak kucing dist4ppler di seluruh b4dan


Kejam dan entah apa yang difikirkan si pelaku yang tergamak menyerang dan mencederakan seekor kucing dengan dawai kokot (stappler) di seluruh badannya.

Menurut pengendali laman Facebook Klinik Veterinar Qaimeera di Bangi, anak kucing yang malang itu ditemui dalam keadaan seluruh badannya dipenuhi dengan dawai kokot, termasuk di dalam mulutnya.

Mujur ada individu yang prihatin menemuinya dan segera membawa kucing itu ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, dawai kokot itu juga ditemui terbenam di dahinya, berhampiran dengan mata kanan. Malah di tapak kakinya juga tidak ketinggalan.

Anak kucing itu berjaya diselamatkan dan telah diambil oleh individu yang menyelamatkannya untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaannya.

Sumber: Klinik Veterinar Qaimeera Bangi, The Reporter


Leave a Reply

%d bloggers like this: