Anak Ada 5 Orang Tapi Semua Tinggalkan…Cari Kerja Tapi Kena S4mun..Sedihnyaaa..Sampai Hati

Hasratnya mencari kerja di ibu kota tergendala apabila dia disamun sebaik saja sampai di Kuala Lumpur, dari Kuantan, Pahang.

Pada awalnya, ada segelintir netizen menyangka wanita ini adalah scammer, tetapi ia bukanlah seperti yang disangkakan kerana menurut pengguna Twitter @FakuAman, wanita itu sememangnya berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan orang ramai untuk mendapatkan kerja.

Menurut wanita itu, dia mempunyai lima orang anak tetapi ke semua anaknya telah pergi meninggalkan dia. Terdesak dengan keadaan itu, dia terpaksa mencari kerja di semua tempat.

 

 

JUMAAT 2 November 2018, jam 2 petang. Waktu ini aku baru balik dari hospital. Macam biasa, aku naik bas Go KL nak pergi KL Sentral. Sambil menunggu, ada seorang makcik datang dan duduk sebelah aku.

Aku pandang dia, dia tanya “Adik kerja apa?”. Aku jawab, “Saya nurse, dekat hospital”. Dia start cerita dia baru sampai dari Kuantan semalam. Sampai-sampai saja ada orang ragut dia, tolak dia sampai jatuh. Kaki dia luka di bahagian atas. Sempat jugalah aku buat dressing dekat kaki dia

Aku suruh dia buat report, dia kata dia ada IC saja, duit semua hilang. Niat dia datang KL sebab nak cari kerja. Sampai hari Jumaat itu dia masih tak dapat kerja lagi.

 

 

Aku tanya dia malam tadi tidur di mana? Dia kata dia tidur di bus stop LRT Titiwangsa. Tapi dia kena halau oleh orang Nepal, dia siap kata orang macam itu semua jahat.

Dia kata dia ada lima orang anak. Tiga lelaki dan dua perempuan. Anak-anak dia langsung tak hiraukan dia, semua dah tinggalkan dia. Suami dah tak ada, anak perempuan dia seorang kena rogol masa umur 17 tahun.

Guys, jangan buat mak sendiri macam tu. Jahat mana pun mak tu, dia tetap mak kau. Tuhan dah bagi tanggungjawab dekat kau untuk jaga dia. Jangan buat macam itu.

Aku yang tak kenal makcik ini pun rasa kasihan pada dia, apatah lagi kau yang bergelar anak, langsung tak ada secebis pun rasa simpati dan sayang pada mak sendiri? Anak jenis apa kau ni?

Tolong ambil semula mak kau, balas budi dia. Penat dia didik kau dari kecil sampai besar, ini balasan yang kau bagi pada dia? Anak jenis apa kau ni?

Aku tanya dia, “Makcik naik bas ni nak pergi mana?”. Dia jawab, “tak pergi mana-mana pun, makcik nak rehat saja sebab penat jalan di luar, panas pulak tu,” katanya.

 

‘Im crying…

Untuk makluman, makcik ini tak mengemis, dia langsung tak ada minta duit aku. cara dia cakap itu memang ikhlas nak kongsi cerita kehidupan dia. Dia siap cakap nak pergi cari kerja. So guys, janganlah fitnah dia kata dia scammer. Kasihan pada dia.

Ada beberapa netizen mengesahkan bahawa wanita ini bukan scammer kerana pernah menemuinya di Kuantan di mana dia datang ke premis mereka untuk mencari kerja.

Sebagai anak, usahlah pinggirkan ibu anda seperti ini. Fikir sajalah, tanpa dia tidak akan lahirnya kamu ke dunia ini.


Leave a Reply

%d bloggers like this: