‘Saya pegang janji, jadi PM dua tahun saja’ – Tun M

PUTRAJAYA – Meskipun ditanya berulang kali, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap konsisten dengan jawapannya bahawa beliau akan memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun sahaja.

Menurutnya, beliau kemudian akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau akan memegang janjinya untuk meletakkan jawatan selepas dua tahun.

“Saya kata dah saya cuma dua tahun saja (jadi Perdana Menteri). Tak tahulah kalau dia (Anwar) bagi izin, dalam dua tahun setengah la kot…

“Tapi saya punya janji, saya pegang kepada janji saya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini, petang tadi.

Secara berseloroh, Dr Mahathir turut mengatakan beliau adalah satu-satunya diktator yang yang meletakkan jawatan.

“Janji saya untuk letak jawatan, saya pegang janji saya. Saya satu-satunya diktator yang akan resign (letak jawatan),” ujarnya.

Jawatan Perdana Menteri melibatkan Mahathir – Anwar masih kerap dibincangkan meskipun kedua-dua pemimpin itu sudah mengeluarkan banyak kenyataan sebelum ini.

Meskipun jawapan mereka sentiasa konsisten namun masih wujud pihak yang sangsi dengan kenyataan mereka dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Laporan Dari Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: