Guan Eng Di Bahan Di Twitter Bila Tertidur Di Parlimen

Berdepan kecaman tidur dalam parlimen, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan beliau mengalami masalah kesihatan mata.

“Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan parlimen untuk dengar ucapan wakil ketua pembangkang @Khairykj, dan sempat catat nota sambil rehatkan mata,” kata Guan Eng.

Guan Eng turut memuat naik catatannya di Internet bagi membuktikan beliau memberi perhatian kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa hari ini menyelar Guan Eng yang didakwa tidur ketika wakil BN membahaskan Belanjawan 2019.

 

Annuar bahkan memuat naik gambar Guan Eng yang bersandar di kerusi dengan mata terpejam di Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, menjawab di media sosial yang sama, Guan Eng menyifatkan Annuar hilang modal politik dengan menjadikan perkara itu sebagai isu.

Isu terbaru hari ini seakan mengulangi apa yang berlaku dua tahun lalu apabila menteri besar ketika itu Ahmad Bashah Md Hanipah dikatakan tidur ketika sultan bertitah.

Bashah menjelaskan beliau hanya memejamkan mata untuk menghayati ucapan baginda.

Veteran DAP LIm Kit Siang, bapa Guan Eng, bagaimanapun menegaskan beliau telah menonton video rakaman situasi itu dua kali dan mendakwa Bashah benar-benar tidur.

Leave a Reply

%d bloggers like this: