Kirim Ul4r S4wa Hidup Guna Poslaju ??

 

BUTTERWORTH: Tindakan zalim dan merbahaya, demikian komen Pos Malaysia berkenaan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab menghantar seekor ular sawa batik yang dimuatkan di dalam kotak menggunakan perkhidmatan Pos Laju syarikat itu.

 

Jurucakap Pos Malaysia ketika dihubungi berkata, tindakan itu juga berisiko dan mengancam keselamatan petugas Pos Malaysia SERTA orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.

 

Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai penularan di laman sosial yang memaparkan beberapa keping gambar bungkusan Pos Laju berlabel ‘kasut bola’ namun didapati mengandungi ular hidup.

 

“Pos Malaysia ingin menegaskan bahawa perbuatan mengirim bungkusan yang mengandungi haiwan, termasuklah serangga, telur, larva, burung dan gading, adalah dilarang sama sekali.

 

“Untuk makluman pengguna, penghantaran sebarang barangan larangan sekiranya diketahui kakitangan kami, akan ditolak penerimaannya atau jika dikesan dalam perjalanan, akan ditahan,” katanya.

 

 

 

 

Menurutnya, jika berlaku kes sedemikian, barangan itu akan di uruskan dalam apa saja cara yang di fikirkan wajar oleh Pos Malaysia dan dalam sesetengah kes, pengirim boleh didakwa di mahkamah.

 

Beliau berkata, untuk kepastian, pengguna digalakkan membuat pertanyaan di pejabat pos atau cawangan Pos Laju bagi mengetahui sama ada pengiriman sesuatu barangan itu dibenarkan.

 

Dalam kejadian semalam itu, bungkusan itu dialamatkan ke sebuah blok kediaman di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan dilabel sebagai ‘kasut bola’.

 

Namun, difahamkan beberapa petugas Pos Malaysia membuka bungkusan berkenaan selepas terdapat benda hidup bergerak di dalamnya sebelum mendapati ia adalah ular sawa batik.

 

Berdasarkan ‘tracking number’ atau nombor penjejak yang disemak melalui laman sesawang Pos Laju, bungkusan itu tiba di Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam sebelum dihantar semula ke Sungai Buluh kerana didapati melanggar peraturan yang dibenarkan.

 

Usaha untuk menghubungi penerima bungkusan itu juga gagal selepas dia enggan menjawab panggilan.

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: