[VIDEO] Sistem (PGB) Potong Gaji Bayar PTPTN..Apa Komen Korang ??

PTPTN: Majikan tiada kuasa potong gaji pekerja

 

GEORGETOWN: Majikan tidak berhak memotong secara terus gaji pekerja mereka untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, tiada undang-undang yang membolehkan majikan memotong secara terus gaji pekerja mereka tanpa persetujuan terlebih dahulu.

 

Beliau berkata, potongan gaji berjadual (PGB) hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat pindaan kepada Akta PTPTN sedia ada.

 

“Bagaimanapun, saya tidak boleh bercakap mengenai pindaan Akta kerana ia bukan berada di bawah bidang kuasa saya.

 

“Tetapi jika ada (pindaan), kita kena ikut dan mematuhinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Beliau ditemui selepas menghadiri Employment Law Forum 2018 di Olive Tree Hotel di sini.

 

 

 

Mengulas mengenai keluhan peminjam berhubung arahan pembayaran itu yang disifat akan membebankan mereka, Kulasegaran berkata setiap pihak perlu memainkan peranan ketika kedudukan kewangan negara kritikal.

 

Malah, beliau berkata semua menteri, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersetuju membuat potongan 10 peratus gaji mereka kerana keadaan ekonomi sekarang.

“Jika situasi ekonomi baik, tidak ada sebab untuk kita lakukan (PGB) dan saya yakin ekonomi kita akan bertambah baik,” katanya.

 

Semalam, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan melaksana kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 yang mampu memberi faedah lebih besar kepada peminjam berpendapatan rendah.

 

Menurut Wan Saiful, kaedah PGB itu akan dilaksana mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam berbanding kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik.

 

Beliau berkata skim ini akan mencontohi sistem potongan cukai bulanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di mana PTPTN akan berhubung secara terus dengan majikan, yang akan bertanggungjawab untuk potongan gaji mandatori.

 

Beliau juga mengatakan bahawa PTPTN akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk melaksanakan potongan mengikut peratusan yang ditetapkan dalam skim PGB.

 

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Datuk Abdul Halim Mansor mengatakan bahawa PTPTN tidak dapat membuat potongan daripada gaji peminjam tanpa persetujuan daripada mereka atau majikan mereka.

 

Peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pekerjaan 1955 menetapkan bahawa apa-apa bentuk pemotongan mestilah mempunyai kelulusan terdahulu pekerja.

 

 

PTPTN sedia timbang rayuan peminjam

 

 

KUALA LUMPUR: Selepas diasak dan didesak banyak pihak supaya mengkaji semula skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang akan dilaksanakan Januari ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyatakan kesediaannya untuk menimbang rayuan peminjam yang memerlukan pertimbangan khas.

 

Bagaimanapun, Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, berkata PTPTN setakat ini masih tetap dengan keputusannya untuk meneruskan pelaksanaan skim itu dengan mengambil kira lunas undang-undang termasuk Akta PTPTN 1997 dan menurut perjanjian di antara peminjam dengan agensi itu.

 

Katanya, dasar baharu itu adalah bagi memastikan PTPTN dapat meneruskan fungsinya untuk membantu generasi akan datang mendapat dana pembiayaan sewajarnya bagi mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT).

 

“Saya ambil maklum pandangan dan cadangan yang menyusuli pengumuman pelaksanaan skim itu. Saya mendengar kegusaran mereka dan saya bersedia mempertimbang rayuan daripada mereka yang memerlukan pertimbangan khas.

 

“Ada yang menyatakan mekanisme PGB bertentangan dengan perjanjian pinjaman yang ditandatangani. Saya ingin nyatakan, melalui perjanjian yang mereka tandatangani itu, peminjam bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim ditetapkan PTPTN, termasuk potongan gaji melalui majikan.

 

“Ada yang memberi komen mengenai kuasa majikan untuk membuat potongan gaji. Seksyen 29, Akta PTPTN 1997 memperuntukkan kuasa kepada PTPTN untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam. Maka peruntukan undang-undang ada.

 

“Kerajaan mempunyai pilihan adakah mahu memberi keutamaan kepada peminjam hari ini atau memastikan kelestarian PTPTN supaya jutaan anak-anak kecil hari ini mempunyai dana untuk masuk institut pengajian tinggi (IPT) pada masa akan datang.

 

“Ini bukan keputusan mudah kerana ia membabitkan dua kelompok yang mempunyai keutamaan yang berbeza. Keputusan kerajaan ini saya yakin akan memastikan bahawa PTPTN lestari demi kebaikan anak anak kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Semalam, PTPTN mengumumkan peminjam yang bekerja dan berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak akan terlepas daripada membayar balik pinjaman apabila skim PGB dilaksanakan Januari ini.

 

Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

 

Menerusi skim itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.

 

Keputusan PTPTN itu bagaimanapun mendapat maklum balas negatif daripada pihak awam dan peminjam yang mendakwa majikan tidak berhak memotong secara terus gaji pekerja mereka untuk membayar pinjaman PTPTN kerana tiada undang-undang membolehkan majikan berbuat demikian tanpa persetujuan pekerja terlebih dahulu.

 

Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli politik kerajaan mempertikai keputusan PTPTN itu serta mendesak skim itu ditangguhkan atau dikaji semula.

 

Akmal Nasrullah Cuba Bantah PTPTN Untuk Tangguh Siste PGM Untuk Bayar PTPTN Dari Peotongan Gaji

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diminta menangguhkan serta-merta berhubung pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) kepada peminjam bermula Januari 2019, kata Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir.

Akmal, yang juga anggota parlimen Johor Bahru, mahu mengadakan satu perjumpaan bersama Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan dengan kadar segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Akmal berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

 

 

Kredit Mstar , Umno Online , KiniTV

Like Page Ohsem TV

Leave a Reply

%d bloggers like this: