‘Jijik..Dah Ada Anak Bini Pun Tak Malu Komen Camtu’ – Netizen

 

 

Ape masalah korang eh, artis kawin lima kali ke enam kali ke..xperlu kot nak hin4 org tu macam tu. Ke tu memang kje netizen kat social media ni. Hobi eh mencacI makI orang lain..

 

Jijik baca, Dah Ada Anak Bini Pun Tak Malu Komen Camtu’ – Netizen
Semalam media melaporkan, pelakon, Natasha Hudson, 36, telah selamat berkahwin untuk kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor dalam majlis sederhana di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan, jam 8.30 malam kelmarin.
Ke yang komen tu jeles…hidup xbahgia..dan cemburu kan orang lain..
Bagaimanapun di media sosial, ada segelintir netizen yang membawang mengenai kisah silam Natasha. Lebih teruk lagi, ada netizen yang tergamak memuat naik komen yang menjijikkan, termasuk golongan lelaki yang sudah berkahwin.
Tidak tahan melihat komen-komen tidak bertanggungjawab netizen, adiknya, Tania Hudson tampil mempertahankan kakaknya.
“Kepada makcik pakcik bawang, orang berpurdah atau tidak, tak payah jaga tepi kain orang. Cermin dan ubah diri sendiri. Yang penting hati dan attitude.
“Mind your own business if people divorce or get married. Jangan masuk kain orang. Jaga laki bini sendiri. I’m sure your marriage is not perfect too. Religion teach us to pray for other’s and guide them, bukan jatuhkan orang. Self reflect jaga keburukan sendiri. Nobody is perfect in this world
“Social media bukan tempat untuk aibkan orang. Don’t use social media to hurt others. Used it wisely. Have a nice weekend.
“Didn’t know you guys slept in the same bed and stayed in the same house with my sister and her husband. You people talk so much like as if you know every single detail.
“The least you can do is talk behind our back and keep sinning rather than messaging me and say nasty thing’s. Kesian you guys must be so bored sampai ada masa nak sibuk hal orang. Get a life okay. Zikir banyak-banyak,” tulisnya di Instastory.
Dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Pelakon, Natasha Hudson, 36, dikabarkan selamat berkahwin buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor, malam tadi.
Pasangan itu diijab kabul pada jam 8.30 malam dalam majlis sederhana di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah adik Natasha, Tania Hudson, yang memuat naik gambar bersama kakaknya di laman sosial Instagram.
“Kepada kakakku yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisimu tanpa mengira apa pun, walaupun kadang-kadang saya boleh hilang akal,” katanya menerusi Instagram Story yang dimuat naik, semalam.
Sekitar Oktober lalu, Natasha membuat pengakuan sudah berpisah dengan suami ketiganya yang juga bekas penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama lengkapnya Khalid Kamal, tanpa menyatakan tarikh sebenar perceraian mereka.
Natasha dan Carleed mendirikan rumah tangga pada 15 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila, 5, dan Faatimah, 3.
Sebelum itu, pada 2006, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan.
Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena, 10.
Kredit : Berita Harian Dan  The Reporter