[ VIDEO ] Rahsia Dalam Trailer Avangers 4 – End Game ..

Untuk 2018, Marvel telah mengesahkan Avengers : Infinity War akan disambung dan ditayangkan pada April tahun hadapan. Trailer sambungannya pula telah dimuatnaik di semua saluran rasmi Marvel tiga hari yang lalu sekaligus menyaksikan tajuk kesinambungan filem ini sebagai Avengers : End Game. Baru sahaja ditayangkan video di YouTube telah menjadi trending dan sehingga kini mengikut carian kami, video tersebut telah mencecah lebih dari 62 Juta tontonan!

Rahsia Trailer Avengers : End Game
Peringatan untuk anda, info di bawah barangkali mempunyai sedikit spoiler! Berdasarkan trailer tersebut dan fakta-fakta MCU terdahulu, filem sekual Avengers akan datang barang kali mempunyai rahsia ini;

 

1.Tony Stark Berada Dalam Kapal Guardians of The Galaxy?

 

 

Mungkin anda terlepas pandang, dalam trailer itu kelihatan sebuah kapal milik the Guardians! Pada Infinity War ianya diakhiri dengan Tony Stark dan Nebula masih berada di Titan menjadikan mereka sebagai antara yang masih hidup disitu sebelum Spider-Man, Doctor Strangers hilang menjadi debu.

Dalam trailer terbaru, Stark dan Nebula telah mengambil  alih kapal tersebut dan barangkali untuk pulang ke bumi.

 

 

2. Watak-Watak Yang Mati Dijadikan Sebagai Orang-Orang

 

 

Dalam filem yang lalu, kebanyakan adiwira lenyap dan menjadi debu. Thanos menerusi misi nya yang kononnya ingin menyelamatkan dunia kelihatan berjaya sambil duduk di sebuah gua menghayati pemandangan matahari terbit.

Bagi trailer kali ini, kostum yang dipakai Thanos telah di pacak menjadi orang-orang (Scarecrow) sekali gus menyakinkan kesemua watak yang lain menjadi seperti itu sama seperti jalan cerita di dalam komik.

 

3. Captain America Menangis, Black Widow Jadi Ketua Avengers

 

 

Jika anda masih ingat, filem terakhir Avengers menyaksikan Steve atau Captain America berjambang. Namun tidak dalam trailer ini kerana rupa parasnya adalah ‘clean-shaved’ dan turut mengalirkan air mata. Menurut sumber, mereka percaya Steve seperti telah mengalah apatah lagi dia gagal menyelamatkan dunia.

Untuk itu, Black Widow telah mengambil alih tugas sebagai ketua untuk pulihkan Avengers dan mendedahkan beberapa maklumat termasuk 50% hidupan bumi telah lenyap.

 

4. Avengers Anggap Ant Man Sudah Mati

 

 

Dalam sedutan trailer itu, kelihatan Bruce Banner menyiasat kehilangan dan kematian ahli Avengers. Paparan tersebut menunjukkan Spiderman, Shuri dan Ant-Man dianggap sebagai hilang dan mati. Imbas kembali pada sedutan terakhir filem Avengers yang lalu.

Ant-Man sebenarnya telah menyiasat mesin masa iaitu Quantum Realm namun terperangkap di dalamnya setelah kesemua mereka yang membantu adiwira ini hilang menjadi debu.

 

 

5. Hawkeye Menjadi Ronin

 

 

Mungkin ini adalah salah satu rahsia besar mengenai filem ini. Sebelum ini ramai yang ter tanya dimanakah hilangnya Hawkeye. Dalam trailer terbaru menunjukkan Hawk atau Clint Barton telah menjadi watak Ronin, sebuah sisi gelap adiwira.

Dalam Ultimate Comics, Clint menjadi Ronin selepas kematian keluarga nya dan barangkali dalam Avengers : End Game, Clint berubah setelah keluarga nya turut hilang menjadi debu.

 

Trailer Official Marvel Studio.

 

 

 

Kredit Marvel Studio,Hangat

Like Page Kami : – Ohsem TV[