Hati-Hati Jangan Keluar Sesorang Bahaya!” – Insiden Hampir Diculik Di Parking AEON Shah Alam

Aeon Shah Alam

Pasangan kekasih yang baru saja pulang dari sebuah pasar raya cedera diserang oleh tiga lelaki yang dipercayai cuba mencuri kereta dan menculik mereka.

Dalam kejadian yang berlaku di AEON Shah Alam, Seksyen 13, mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga, manakala teman lelakinya cedera ringan.

MEMANDANGKAN ramai yang bertanya tentang kejadian itu, ini ceritanya.

Pada awalnya masa nak park kereta, saya perasan kereta Myvi putih ini. Tetapi tak ada terlintas nak fikir yang bukan-bukan, sebab datang nak makan saja.

Kemudian selepas makan, kami nak balik ke rumah. Sampai di tempat parking, Myvi putih itu park di tepi kereta kami. Seorang lelaki berdiri di belakang kereta dengan tangannya di dalam poket jaket.

Dah rasa tak sedap hati tetapi oleh kerana saya tak nak fikirkan sangat, saya gagahkan diri juga masuk ke dalam kereta.

Masa dah nak dekat dengan kereta, saya perasan dia macam bagi signal pada member dia dalam kereta untuk keluar dan masa itu juga saya fikir lain. Saya fikir dia nak jaga member dia tengah buat ‘projek’.

Jadi, saya biarkan saja boyfriend (BF) masuk dulu sebab kalau dia (suspek) nak buat apa-apa, at least saya ada di luar untuk menjerit.

Selepas BF saya masuk, diorang masih berlagak selamba walaupun member diorang yang baru keluar dari kereta itu berdiri di pintu pemandu Myvi. Kiranya macam bersebelahan dengan seat penumpang kereta kitorang.

Diorang nampak macam okey saja, saya pun masuk ke kereta. Masuk saja dalam kereta, saya suruh BF kunci pintu. Belum sempat kunci pintu, lelaki itu dah tarik dan dia bagi signal kepada kawannya untuk masuk seat belakang.

Yang tarik pintu saya itu terus tarik kepala saya dan hentak di handbrake. Mungkin sebab nak bagi saya pengsan.

Saya terus menjerit agar orang lain dengar. Kemudian dia tumbuk telinga saya bertubi-tubi. Tetapi disebabkan saya tak nak diam juga, dia tutup mulut saya dan nasib baik otak saya berfungsi, saya terus gigit lemak kat tangan dia yang kemudian berasa sakit lalu dia menumbuk saya sekali lagi

kredit : @azirahmalek_

Leave a Reply